Monday, January 17, 2011

WATIKAH PERLANTIKAN

17HB JANUARI 2011 (ISNIN): Hari ini diadakan watikah perlantikan kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas SK St Mary Papar. Perlantikan untuk Tahap Dua diadakan pada sebelah pagi manakala bagi Tahap Satu diadakan di sebelah petang. Ketua Pengawas ialah adik Julian Jonathan Mojikon, Penolong Pengawas ialah Carmelia Richard, manakala Ketua Pengawas Pusat Sumber ialah Darren Matthew dan Penolongnya ialah Henry Zoa Jr. Semoga semua murid yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Tali Leher untuk semua Pengawas Sekolah, Ketua & Penolong Ketua Kelas serta Pengawas Pusat Sumber

En Clement Su (Guru Disiplin Sekolah)

Julian Jonathan (Tahun 6)

Mohd Zuhairi Zumat (Tahun 6)

Mohd Nurfiqri Hamizi Shamra (Tahun 6)

Amoz Amaziah Richard (Tahun 6)

Lovelyn Paul (Tahun 6)

Nathaneal Vincent (Tahun 6)

Pengawas Sekolah

Pengawas Pusat Sumber

Ketua Pengawas (Julian Jonathan), Penolong Ketua Pengawas (Carmelia Richard), Darren Mathew (Ketua Pengawas Pusat Sumber), Henry Zoa Jr (Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber)

Sesi angkat sumpah (diketuai oleh Ketua Pengawas)

Membaca Ikrar


Sebahagian pengawas bersama Pn Nooraini (PK HEM)

Julian Jonathan (Ketua Pengawas)

Saturday, January 15, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

15HB JANUARI 2011 (SABTU): Hari ini dua orang bekas murid sekolah (Tahun 6, 2010) telah mendapat anugerah kecemerlangan dari daerah bertempat di IKBN Kinarut. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh pihak UMNO. Adik Adrian Paul Lajium & adik Mohd Nazlee Zubair telah mendapat 5A pada UPSR 2010. Tahniah kepada mereka berdua kerana dapat mengharumkan nama sekolah. Teruskan usaha anda berdua.


Adrian Paul Lajium

Mohd Nazlee Zubair

Tuesday, January 11, 2011

TRANSISI TAHUN SATU

10HB JANUARI (ISNIN): Program Transisi untuk Tahun Satu telah diadakan di Dewan Minda SK St Mary Papar. Program tersebut dikendalikan oleh Penyelaras Transisi Pn Luzaria Cosmas dan dibantu oleh guru-guru. Ibubapa murid Tahun Satu telah dijemput untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru-guru tertentu sebagai makluman kepada semua ibubapa berkaitan dengan transisi. Berikut adalah gambar-gambar sempena program tersebut.

Pn Amnah, Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Faridah & Pn Malinie

Pn Sarimawathy (Guru Unit Bimbingan & Kaunseling)

En Sudin (Jurugambar)

Pn Norhayah (Guru Pusat Sumber)

En Juarah (Penolong Kanan Petang)

Pn Maslinah (Guru Data)
Pn Nooraini, Penolong Kanan HEM

Pn Maslinah, Pn Sarimawathy & Pn Norhayah

Pn Farizah, Pn Malinie & Pn Anastasia

Sebahagian para guru & ibubapa yang hadir

Para ibubapa yang hadir bersama murid Tahun Satu

Pn Kartini, Pn Luzaria, Pn Sarimawathy & Pn Maslinah

Pn Luzaria, Pn Haslinda, Pn Amnah & Pn Nooraini


Murid Tahun Satu

Malunya dia ....

Sebagai bukti .. ini dia backdrop program tersebut ..

Sunday, January 9, 2011

MESYUARAT SEKOLAH

8HB JANUARI (SABTU): Mesyuarat Pertama Sekolah telah diadakan di Bilik Pusat Sumber dan dipengerusikan oleh Guru Besar, En Simon Gasis. Antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan dengan peningkatan prestasi sekolah pada tahun ini sebagai kesinambungan pencapaian terbaik sekolah pada tahun 2010. Selain itu, perkara berkaitan dengan kokurikulum dan sahsiah juga turut dibincangkan sebagai pelunjuran untuk peningkatan penarafan sekolah. Mesyuarat bermula pada jam 8.00 pagi dan ditangguh pada jam 11.00 pagi.

Guru Besar

PK Petang, Guru Besar

Sebahagian guru yang hadir




Setiausaha Sekolah

Monday, January 3, 2011

PERHIMPUNAN GABUNGAN

Hari ini 3hb Januari, hari pertama persekolahan tahun 2011. Perhimpunan Gabungan (sidang pagi & sidang petang) diadakan pada jam 12.00 tengahari untuk menyambut kehadiran semua murid serta guru SK St Mary Papar. Ini adalah untuk menyemai semangat perpaduan di antara sidang pagi & petang. Perhimpunan ini juga menyuntik semangat bagi murid-murid Tahun Satu yang baru pertama kali menyertai perhimpunan seperti ini. Tidak ketinggalan juga para ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah pada hari ini. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', diikuti dengan lagu 'Sabah Tanah Airku', pembacaan ikrar 'Rukunegara'. Disusuli pula dengan ucapan oleh Penolong Kanan Petang, En Juarah Bin Janeh, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Haslinda Midy dan Guru Besar, En Simon Gasis. Seorang guru baru juga diberi peluang untuk memperkenalkan diri kepada semua murid termasuk ibubapa yang hadir. Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari. Selamat kembali bertugas semua guru, selamat kembali belajar semua murid, selamat datang murid Tahun 1 dan selamat datang guru baru. NO PAINS NO GAINS ....

Bacaan Ikrar
Penolong Kanan Petang En Juarah Bin Janeh sedang berucap
Murid Tahun Satu
Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Haslinda Midy
Sebahagian daripada murid Tahap Dua & Ibubapa yang turut menyaksikan perhimpunan
Guru Besar En Simon Gasis sedang memberi ucapan


Murid Tahun Enam
Pengawas-pengawas sekolah
Pengerusi majlis adik Carmelia Richard (Tahun Enam)